Buku Karya Buya Hamka Pdf Merger
Setiap menginjakan kaki di perpustakaan kampus filsafat UGM almamater tercinta, Tak pernah terlewatkan untuk melihat koleksi buku-buku Islam. Di rak-rak itu banyak buku lusuh terbitan 40-30-20 tahun yang lalu. Yang menarik bagi penulis adalah buku-buku karya Buya Hamka yang telah lusuh dimakan usia.
Beberapa hari ini, penulis coba browsing mengenai Buya Hamka lewat Google. Pada sebuah situs dari negeri jiran penulis temukan resensi sekaligus online shopping buku-buku Hamka. Sebuah fenomena memilukan bagi penulis sebagai orang Minang. Orang lain menghargai karya Beliau sementara di Minangkabau, Indonesia sendiri penerbitan buku Hamka tiada lagi ditemukan. Berikut akan penulis kutipkan buku-buku tersebut: 1.
Di Bawah Lindungan Ka’bah Judul: Di Bawah Lindungan Kaabah Pengarang: Prof Dr. Hamka Penerbit: Pustaka Dini Sdn Bhd Genre: Novel Mukasurat:84 halaman Cetakan Ketiga: 2006 ISBN: HAMKA lahir pada 17 Februari 1908 di Meninjau, Sumatera Barat dan meninggal dunia pada 24 Julai 1981 di Jakarta. Nama sebenar Hamka ialah Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani di rantau Nusantara, juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan, penulisan kreatif dan prolifik, seorang pujangga dan ahli falsafah Islam. “Baru sekarang adinda beroleh berita di mana Abang sekarang. Telah hampir dua tahun hilang saja dari mata, laksana seekor burung yang terlepas dari sangkarnya sepeninggal yang empunya pergi. Kadang-kadang adinda sesali diri sendiri, agaknya adinda telah bersalah besar, sehingga Kakanda pergi dengan tak memberi tahu lebih dahulu. Disketch disc label software free registration code.
Hanya kepada surat Abang itu, surat yang hanya sekali itu dinda terima selama hidup, adinda tumpahkan air mata, kerana hanya menumpahkan air mata itulah kepandaian yang paling perhabisan bagi orang perempuan. Tetapi surat itu bisu, meskipun ia telah lapuk dalam lipatan dan telah layu kerana kerap dibaca, rahsia itu tidak juga dapat dibukanya. Sekarang Abang, badan adinda sakit-sakit, ajal entah berlaku pagi hari, entah besok petang, gerak Allah siapa tahu. Besarlah pengharapan bertemu” Kandungan: • Surat dari Mesir • Mekah pada tahun 1927 • Anak yang kematian ayah • Penolong • Apakah namanya ini • Seperuntungan • Tegak dan runtuh • Berjalan jauh • Berita dari kampung • Harapan dalam Penghidupan • Surat-surat • Di bawah lindungan Kaabah • Surat Rosna yang menyusul surat telegram Penutup 2. Di Dalam Lembah Kehidupan Judul: Di Dalam Lembah Kehidupan Pengarang: Prof Dr. Hamka Penerbit: Pustaka Dini Sdn Bhd Genre: Kumpulan Cerpen Mukasurat:207 halaman Cetakan Pertama: 2006 ISBN: Sesungguhnya kumpulan gubahan yang saya beri nama “Di Dalam Lembah Kehidupan” ini adalah kumpulan airmata, kesedihan dari rintihan yang diderita oleh segolongan manusia di atas dunia ini.
Airmata mereka itu sudah mengalir ke tanah dan hilang lenyap dalam pasir. Seorang pun tidak peduli akan hal itu. Bagaimana orang akan peduli, padahal orang sedang dibayangi kesenangan dan kemewahan? Moga-moga hikayat-hikayat pendek ini terbaca juga oleh orang yang senang hidupnya. Moga-moga mereka insaf, bahawa di sebalik tabirnya adalah orang yang susah dan sulit keadaannya; bahawa tidak sedikit makhluk yang kecewa dan melarat, yang sudah patgah sayapnya sebelum terbang, terkulai dan jatuh, sehingga tidak dapat berbangkit lagi.Bagi orang yang melarat itu pun mudah-mudahan cerita ini berfaedah pula. Agak kurang duka hatinya apabila diketahuinya, bahawasanya ada juga orang lain yang senasib dengan dia.Dan bagi mereka yang bersedih hati itu karangan ini aku jadikan persembahan dan peringatan bahawa saya pun turut meratap dalam ratapnya. Kandungan: Pengantar Penerbit Persembahan 1.